KLIK LIKE DAN TEKAN PANGKAH (X) 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
December 2016 - Semuanya Cerita Baru

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday 31 December 2016

21:18

Asal Usul Dan Keunikan Tali Leher Croatia

Sebelum 'neck tie' dikenali umum seperti sekarang, tahukah anda asal usul disebalik pemakaian tali leher?

Tali Leher

Catatan menunjukkan tali leher mempunyai sejarah yang sangat panjang dan dikatakan sudah wujud selama beribu tahun.

Malah, tentera Terracotta yang berupa patung-patung tentera yang ditemui bertarikh 210 Sebelum Masihi yang ditemui pada tahun 1974, berdekatan Xi'an, wilayah Shaanxi, China, turut dilihat memakai tali leher.

Walaupun terdapat banyak catatan mengenai pemakaian tali leher, Croatia, negara Eropah dikatakan yang terawal menggayakan tali leher pada zaman moden.

Lebih tepat lagi, negara Croatia adalah tempat dimana asal usul pemakaian tali leher.

Buktinya, seorang penyair terkenal Dubrovnik, Ivan Dzivo Gundulic memakai tali leher pada sebuah potret bertarikh sekitar tahun 1622.

Neck tie

Lelaki Croatia dilaporkan telah mula memakai tali leher atau disebut 'Hrvatska' dalam bahasa tempatan sejak abad ke 17 lagi.

Akan tetapi, potongan tali leher pada masa itu tidaklah sama seperti sekarang.

Bentuk tali leher yang digunakan oleh orang-orang Croatia pada zaman dahulu cukup ringkas. Hanya kain selendang daripada sutera mirip tudung diikat pada leher.

Kain sutera ini sering dipakai oleh lelaki Croatia sebagai aksesori disamping untuk menegangkan kolar baju.

Oleh kerana gaya ini hanya ada di Croatia, maka sesiapa sahaja yang memakainya pasti menjadi perhatian orang luar pada masa itu.

Pada tahun 1630, semasa perang Jerman 30 tahun, dari tahun 1618 hingga 1648, ramai tentera upahan Croatia telah dihantar ke Perancis.

Dikatakan, setiap kali perajurit dihantar ke medan perang, ahli keluarga akan menghadiahkan sehelai kain selendang buat insan tersayang.

Neck tie

Sebagai tanda cinta pula, seorang isteri akan menjahit sendiri skarf daripada pelbagai jenis fabrik dengan corak pilihan.

Apabila tiba hari untuk berpisah, isteri akan mengikat kain tersebut dileher pasangan masing-masing sebagai tanda ingatan tatkala berjauhan.

Ketika tentera Croatia tiba di Perancis, kain selendang pada leher mereka telah menarik perhatian ramai.

Gaya ini membuatkan mereka popular dan lebih dikenali berbanding tentera lain.

Ketika itu, pemakaian tahi leher dikatakan bukan sahaja sebagai lambang identiti tetapi sudah menjadi sebahagian daripada pakaian seragam tentera Croatia.

Francoise Chaile dalam bukunya, La Grande Historie de la Cravate, menyatakan bahawa sekitar tahun 1635, seramai enam ribu orang tentera Croatia telah disewa oleh Raja Perancis Louis XIV untuk datang ke Perancis.

Pada tahun 1646, Raja Louis XIV mula memakai tali leher kerana tertarik melihat gaya pakaian tentera Croatia.

King Louis XIV

Sejak itu, fesyen mengikat kain di leher telah dijadikan sebagai perhiasan peribadi di kalangan kerabat diraja.

Dan menjelang tahun 1650, seluruh penduduk Perancis menerima fesyen tali leher dan mereka menamakannya sebagai 'cravat' yang bermaksud 'penduduk croatia'.

Selepas itu, gaya mengikat potongan kain di leher tersebar dengan pantas ke seluruh Eropah.

Bermula dari Perancis kemudian berkembang ke Belgium dan Belanda, seterusnya tersebar ke Kepulauan Inggeris.

Orang Inggeris dikatakan telah mengubah sedikit bentuk asal cravat terutama dari segi pola jahitan.

Pada abad ke 19, Jesse Langsdorf, seorang pengusaha tekstil Amerika, telah membuat revolusi dengan memotong kain menjadi tiga bahagian.

Selepas itu, beliau menjahitnya semula sehingga membentuk tali leher yang mudah diikat.

Tidak lama selepas itu, pereka Itali telah menambah elemen baru pada tali leher untuk memudahkan pemakainya.

Tali leher moden

Neck tie
Tali leher terbesar dunia di Croatia.

Sekitar tahun 1869, barulah cravat mula menyerupai tali leher moden.

Ketika munculnya baju kemeja berkolar, tali leher disimpulkan dibawah dagu dengan hujungnya dibiarkan terjuntai ke bawah.

Dan seiring dengan arus kemajuan teknologi dan fesyen, tali leher kini telah berubah, memiliki kepelbagaian warna, corak, fabrik dan potongan.

Kerana berbangga menjadi pewaris tali leher, sebuah perayaan yang dipanggil International Necktie Day akan diraikan oleh penduduk Croatia pada 18 Oktober setiap tahun untuk memperingati warisan mereka.

Menarik kan.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Pencipta Pin Baju @ Baby Pin?

-SENTIASAPANAS.COM

from SentiasaPanas http://ift.tt/2iRI48H via IFTTT
20:47

10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang

10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang

bungaaa

Sekurang-kurangnya 10 pengunjung cedera selepas terkena letupan bunga api ketika sambutan ambang tahun baru 2017 malam tadi.

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Orang ramai bertempiaran lari selepas bunga api yang digunakan untuk pertunjukan itu meletup terlebih dulu di atas tanah sebelum sempat ke udara.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.

Ini kenyataan Bomba:

“Kami menerima panggilan pada 12.10 tengah malam. Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.

“Tujuh mangsa melecur di kaki manakala tiga lagi mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan selanjutnya,”

Ini pula komen dari saksi bernama Faiz:

“Ketika saya tiba, acara pertunjukan bunga api itu hampir habis. Tiba-tiba saya ternampak orang ramai berlari ke satu arah menyebabkan saya bergegas melihat apa yang berlaku.

“Selepas menyedari berlaku letupan bunga api dan terkena beberapa pengunjung, saya segera merakamkan gambar,”

“Saya dimaklumkan, dua kotak berisi bunga api itu sudah dibakar manakala satu lagi kotak belum sempat dibakar apabila letusan bunga api itu bercabang dan terpercik secara mendatar.

Tiada kecederaan serius dilaporkan. Kes sedang disiasat. -PENMERAHDOTCOM

The post 10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2iqnNIe via IFTTT
19:20

Bayi 12 Hari Mati Terpanggang Dalam Incubator!! Sangat Menyayat Hati..



Bayi 12 Hari Mati Terpanggang Dalam Incubator |Seorang bayi yang baru berusia 12 hari maut terpanggang mati apabila salah seorang nurse terlupa memperlahankan suhu incubator di ruangan bayi tersebut diletakkan.
Menurut Waibo CCTV Pihak hospital  enggan bertanggung jawab dan cuba bersembunyi atas kematian Bayi yang diberi nama Fujian  warga negara Ye Yiong China itu.
Menurut doktor yang berkuasa di hospital itu,bayi berkenan dirawat dengan baik dan diletakkan dalam incubator dengan suhu yang terkawal akibat kesejukan,menurutnya bayi malang berkenan meninggal akibat dari pada jangkitan kuman.
Pihak Waibo CCTV juga membocorkan sebuah rekaman Cctv kejadian, tapi telah dipotong dan memiliki sisi gelap,doktor dan jururawat telah bersembunyi,mereka tidak berani mengakui kesalahan dan melaporkan  berita kejadian,bayi itu tidak berdosa,walaupun bayi itu tidak dapat menikmati dunia sekurang kurangnya berikan kepada kedua orang tua bayi itu keadilan,tulis Waibo CCTV


Selain itu Recod perubatan juga telah di ubah dan doktor yang bertugas serta  jururawat hospital itu melarikan diri.
“Mereka seolah menutup langit dengan menggunakan satu telapak tangan (menyembunyikan kebenaran dari orang lain) jangan hanya karena anda bekerja dihospital kerajaan tidak ada pemberita yang berani menyiasat”
Pada hari ahad lalu Saya bercakap dengan ibu bayi,mereka dimaklumkan bahwa bayinya sudah dapat dibebaskan dari hospital hari itu,tapi hospital menuntut semula agar bayi itu ditahan karena bayi itu di anggap sejuk.
Pada pagi rabu,hospital telah memaklumkan bahwa bayi mereka sudah meninggal,dalam tempoh dua ke 3 hari,pihak hospital boleh saja mengubah apa yang boleh diubah untuk menghapuskan bukti.
Ketika ahli keluarga datang kehospital mereka berlakon dengan memberikan cpr sebelum mengumumkan kematiannya.
Oleh karena saya tidak berada ditempat kejadian saya telah meyiarkan apa yang saya tahu dan anda boleh menilai sendiri sudah berapa lama bayi itu mati terpanggang.tegas penulis Waibo CCTV.

16:17

10 Gunung Berapi Paling Aktif Di Dunia

Bahaya debu gunung berapi boleh menjejaskan penerbangan di mana debunya boleh merosakkan turbin, manakala letusannya mampu menimbulkan bencana besar.

Manakala sulfat yang dimuntahkan menerusi letusan dapat menghalang cahaya matahari dan mewujudkan suhu dingin di bahagian bawah atmosfera bumi seperti troposfer, yang boleh mengakibatkan bencana parah.

Meskipun letusan gunung berapi tidak selalu terjadi, kebarangkaliannya tetap mendapat perhatian ramai pihak di dunia.

Seperti yang kita semua tahu, masih ada gunung berapi yang berstatus aktif masa kini dan berikut adalah 10 gunung berapi yang masih aktif di dunia.

Gunung Berapi Moana Loa

Moana Loa

Terletak di kepulauan Hawaii, gunung berapi Moana Loa dikatakan memegang status aktif sejak 700,000 tahun yang lalu.

Gunung berapi Mauna Loa pernah meletus pada tahun 1984. Biasanya lava yang keluar dari gunung ini tidaklah begitu cepat.

Gunung Berapi Ulawun

Ulawun

Gunung Ulawun menjadi salah satu daripada deretan gunung berapi paling aktif di Papua New Guinea.

Difahamkan, sebanyak 22 letusan telah direkodkan berlaku dari gunung berapi Ulawun sejak 1700an.

Gunung Berapi Nyiragongo

Nyiragongo

Gunung Nyiragongo adalah gunung berapi yang paling aktif di Congo, Afrika.

Peristiwa hitam pernah dilaporkan pada 1977, di mana berlaku retakan pada saluran gunung berapi, sekaligus mengeluarkan lahar yang menghancurkan banyak penempatan dan membunuh ramai orang.

Gunung Berapi Merapi

Merapi

Gunung Merapi merupakan gunung berapi paling aktif di Indonesia dan dikenali sebagai gunung berapi yang menghasilkan lahar dalam jumlah yang sangat banyak berbanding gunung berapi lain di dunia.

Lahar gunung berapi Merapi sering meletus sejak 1548 dan cukup aktif sejak 10,000 tahun terakhir.

Gunung Berapi Galeras

Galeras

Gunung Galeros terletak di Ecuador, Colombia di mana status aktifnya telah mencapai 1 juta tahun setakat ini.

Ledakan pertama gunung berapi Galeras dicatatkan pada 1580. Galeros dikatakan ‘sepi’ seketika pada tahun 1978, bagaimanapun dilaporkan kembali aktif melakukan aktivitinya 10 tahun kemudian pada tahun 1988.

Gunung Berapi Sakurajima

Sakurajima

Gunung berapi Sakurajima yang terletak di Jepun ini pada awalnya terpisah dari kepulauan negara itu.

Bagaimanapun, ia berubah selepas letusan daripada gunung itu yang berlaku pada 1914 yang mengeluarkan lava panas dan kemudian berubah menjadi jambatan yang menghubungkan negara tersebut dengan gunung Sakurajima.

Gunung Berapi Popocatepe

Popocatepe

Gunung berapi Popocatepe yang terletak di Mexico ini hampir mengorbankan 41,000 nyawa ketika letusan terakhinya pada tahun 2000.

Penduduk disekitarnya dikatakan bertuah kerana kerajaan bertindak cepat melakukan pemindahan serta-merta ketika letusan berlaku.

Sejak 1519, gunung berapi ini telah meletus lebih daripada 20 kali.

Gunung Berapi Vesuvius

Vesuvius

Gunung Vesuvius yang terletak di timur Naples, Itali merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif hingga saat ini.

Gunung berapi Vesuvius juga memiliki sejarah buruk di mana letusan yang terjadi pada tahun 79 Masihi di mana ledakan laharnya telah melenyapkan dua kota, Herculaneum dan Pompeii.

Terakhir kali gunung ini aktif adalah pada tahun 1944.

Gunung Berapi Eyjafjallajokull

Eyjafjallajokull

Gunung yang sukar dieja ini merupakan salah satu daripada gunung yang terletak di Islandia.

Gunung ini pernah mengalami letusan hebat pada tahun 2010 yang mana kesannya dapat dirasai hingga ke barat dan utara Eropah.

Gunung Berapi Yellowstone Caldera

Yellowstone

Gunung Berapi Yellowstone Caldera yang terletak di Amerika Syarikat ini adalah gunung berapi nombor satu paling aktif di dunia.

Meskipun berstatus aktif, taman nasionalnya masih menjadi daya penarik bagi pengunjung dalam dan luar negara.

Setiap tahun, taman nasional Yellowstone menerima sehingga 3 juta pengunjung.

BACA INI JUGA: 6 Gunung Pelangi Warna-warni Paling Menakjubkan Di Dunia

Sumber: SH

from SentiasaPanas http://ift.tt/2hAAC0E via IFTTT
10:17

Kenyataan Media Mengejutkan Majlis Bandaraya Ipoh Tentang Isu Gadis Panjat Signboard

Kenyataan Media Mengejutkan Majlis Bandaraya Ipoh Tentang Isu Gadis Panjat Signboard

mbi

Hari ini telah viral foto beberapa remaja memanjat signboard Ipoh. Sememangnya kegiatan tersebut amat ekstrem.

Ada mengatakan mereka sudah mendapat kebenaran memanjat signboard berkenaan.

Ini kenyataan khas dari Majlis Bandaraya.

Jom baca:

MBI TIDAK PERNAH BERI KEBENARAN MEMANJAT SIGNBOARD ‘IPOH’

Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard ‘Ipoh’.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard ‘Ipoh’ kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.

Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan ‘IPOH’ tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

MAJLIS BANDARAYA IPOH

Nampaknya MBI tidak pernah membenarkan kegiatan itu dilakukan. Kegiatan ini akan disiasat dan akan diambil tindakan. -PENMERAHDOTCOM

The post Kenyataan Media Mengejutkan Majlis Bandaraya Ipoh Tentang Isu Gadis Panjat Signboard appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2ijj2SX via IFTTT
08:02

Di Manakah Kakinya? Gambar Ini Jadi Viral

Di Manakah Kakinya? Gambar Ini Jadi Viral

kaki
Satu foto telah menjadi viral apabila jumlah kaki di dalam gambar tersebut tidak mencukupi dengan bilangan orang di dalam gambar.

Sepasang kaki pemilik gambar itu tidak kelihatan sekaligus menjadi tanda tanya para netizen.

Fot ini mula dilaporkan oleh Huffington Post dan kini menjadi biral di serata dunia.

Dalam gambar yang diambil semasa perayaan Krismas lalu menyaksikan enam orang sahabat mengambil gambar di sebuah sofa, bagaimanapun setelah dikira, hanya lima pasang kaki sahaja ditemui telah menimbulkan persoalan ramai.

Pelbagai andaian wujud hingga ada yang mendakwa salah seorang wanita tersebut berpura-pura menyorokkan kakinya, ada juga yang mengatakan gambar tersebut merupakan satu permainan ilusi.

Foto tersebut nyata mencipta misteri hinggakan rancangan televisyen negara ‘Fox & Friend’ turut melakukan siasatan mereka.

Pemilik gambar tersebut, Anna Manifel yang nyata mempunyai sepasang kaki turut merasa pelik dengan gambar tersebut dan bertanya soalan yang sama.

“Di manakah kaki saya? Ini sangat pelik. Pada dasarnya saya bersama teman-teman hanya mengambil gambar bersama,” katanya.

Keenam-enam gadis tersebut kemudiannya melakonkan semula keadaan di dalam gambar tersebut untuk mendapat jawapan.

Nyata ia hanyalah satu ilusi optikal kerana gambar tersebut diambil dari bahagian kiri sofa membuatkan ada kaki yang terlindung.

Rakan Manifel, Kelly McCarthy yang turut berada di dalam foto tersebut meluahkan kelegaan beliau apabila misteri berjaya dirungkaikan

“Jadi secara umumnya, ia adalah sangat mengelirukan melihat foto ini dari bahagian sisi sofa ini,” katanya kepada Fox.

Dikatakan sisi rakaman foto itu yang menyebabkan ianya kelihatan seperti tiada kaki. -PENMERAHDOTCOM

The post Di Manakah Kakinya? Gambar Ini Jadi Viral appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2isS6jU via IFTTT
07:17

Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016 -B

Saban tahun, ia bagaikan tidak sah jika kisah kontroversi dan perceraian dalam dunia hiburan tidak berlaku dan alendar hiburan 2016 tidak terkecuali apabila pelbagai kisah melibatkan artis tempatan menjadi perhatian peminat.

Antara paling diingati adalah kisah penyanyi Zila Seeron (AF4) yang ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada 13 Ogos lalu.

Penangkapannya mendapat liputan meluas ekoran Zila ketika itu juga masih bergelar isteri kepada pelawak Along Cham dan lelaki itu akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 29 Ogos lalu.

'Percakaran' melibatkan penyanyi Elly Mazlein dan pelakon Faye Kusyairi juga antara yang menggamatkan industri hiburan selain pengakuan aktor Adi Putra yang berkahwin dua.

Tidak terhenti di situ, kontroversi melibatkan Ammar Alfian, Atikah Suhaimi dan Idris Khan yang didakwa terlibat dalam video seks tahun lalu kembali hangat pada 2016 apabila gambar dikatakan mirip Atikah dan Idris tersebar luas di internet.

Walau bagaimanapun, kes perceraian di kalangan selebriti menunjukkan penurunan ketara dan harap-harapnya 2017 tiada terdengar artis ingin bercerai!

Berikut adalah himpunan beberapa kisah perceraian dan kontroversi yang menjadi perhatian sepanjang 2016:

Perceraian 2016

1. Rizman Khuzaimi & Kartina Ayoob (13 Januari 2016)

Cerai

Pembukaan kalendar 2016 menyaksikan perceraian pasangan pelakon Rizman Khuzaimi dengan Kartina Ayoob pada 13 Januari lalu.

Rizman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, memberitahu mahkamah perceraian itu terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tidak mempunyai persefahaman lagi.

Riezman dan Kartina, 46, berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7.

Kartina turut mempunyai seorang anak iaitu Tatiana Batrisya, 20, hasil perkahwinan terdahulunya.

2. Fasha Sandha & Jejai (20 Januari 2016)

Cerai

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita perceraian pelakon Fasha Sandha dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Januari lalu.

Fasha dalam satu kenyataan ringkas kepada pihak media sejurus prosiding berlangsung memberitahu sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan itu dan reda dengan perpisahan tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.

3. Farah Asyikin & Zaahier Stanley (28 Januari 2016)

Cerai

Selepas dua tahun turun naik mahkamah bagi menyelesaikan kes perceraian, akhirnya penyanyi Farah Asyikin sah bercerai dengan Zaahier Stanley secara tebus talak pada 28 Januari lalu.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.

4. Syanie Hisham & Nadi Putra Mohd Zainol (23 Februari 2016)

Cerai

Pelakon Syanie Hisham mengejutkan peminatnya apabila perkahwinan keduanya dengan Nadi Putera Mohd Zainol berakhir selepas bercerai pada 23 Februari lalu.

Enggan mendedahkan punca sebenar perceraian itu Syanie, 43, bagaimanapun memberitahu dia mengambil keputusan untuk berpisah kerana merasakan dirinya tidak dihargai oleh bekas suaminya itu.

Pasangan itu berkahwin yanie dan Nadi Putera selamat dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah dengan sekali lafaz pada 1 Mac 2014.

Pelakon itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 namun bercerai enam tahun kemudian.

5. Ally Iskandar & Nurfarahin Romli (17 Ogos 2016)

Cerai

Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.

Ally menerusi status di laman Facebooknya menjelaskan lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, dalam status sama, Ally berkata, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan mereka masih kekal baik.

Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

6. Along Cham & Zila AF4 (29 Ogos 2016)

Cerai

Kontroversi yang melanda rumah tangga Along Cham dan Zila (AF4) berakhir dengan perpisahan apabila pelawak itu melafazkan talak satu terhadap wanita tersebut pada 29 Ogos lalu.

Along terdahulu memfailkan permohonan cerai pada hari sama selepas memberitahu mahkamah sudah tinggal berasingan selama lima bulan ekoran Zila keluar daripada rumah tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Episod duka Along bertambah parah apabila Zila ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.

Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Kontroversi 2016

1. Suami Adira Peluk Ruhainies (Julai 2016)

Ruhainies

Pelakon Ruhainies menerima kritikan hebat selepas videonya keluar bersama suami Adira iaitu Datuk Seri Abu Adnan didedahkan.

Ruhainies, 24, bagaimanapun tidak cepat melatah dalam menangani kontroversi tersebut sebalik mengaku pernah keluar bersama ahli perniagaan itu selepas dipelawa oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Bagaimanapun katanya, dia tidak mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan dan mendakwa telah diperangkap kerana tidak menyedari perbuatan lelaki itu memeluknya.

Malah pelakon itu percaya pihak yang mengambil gambar tersebut diupah untuk merakam kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum," ujarnya.

2. Gambar Perkahwinan Kedua Adi Putra Tersebar (Julai 2016)

Adi Putra

Nama pelakon Adi Putra menjadi perhatian apabila foto perkahwinan rahsianya dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang juga seorang janda anak satu tersebar luas di media sosial.

Adi kemudiannya mengesahkan sudah berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Nur Shahida itu pada 20 Jun lalu dalam satu sidang media yang diadakan pada Julai lalu.

Sidang media itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila bekas adik ipar isteri pelakon itu muncul mempersoalkan tindakan Adi memburukkan abangnya selain ingin membersihkan nama keluarganya yang tercalar akibat kejadian itu.

Rumah tangga Adi dan isterinya pertamanya, Aida sebelum ini pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap wanita itu pada 11 Mei 2012 namun membatalkan hasrat itu kemudiannya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 14 April 2006, pasangan itu tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.

3. Uqasha Senrose Buka Tudung (Ogos)

Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose dikritik hebat apabila membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab sejak Ogos lalu selepas dikatakan 'gagal mendapat hidayah'.

Uqasha menjelaskan tindakannya itu kerana dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan kerana keputusannya bertudung sebelum ini tidak dibuat daripada hatinya sendiri.

Malah dia juga bersedia menerima segala kritikan dan kecaman daripada peminat berhubung keputusannya itu.

4. Gambar Bogel Menyerupai Atikah Suhaimi & Idris Khan (September 2016)

Atikah Suhaimi

Industri hiburan digemparkan dengan penyebaran gambar bogel yang dikatakan menyerupai pelakon Atikah Suhaimi dan Idris Khan.

Atikah baik Idris bagaimanapun enggan mengulas mengenai penyebaran gambar berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Pada tahun lalu, mereka turut dihimpit kontroversi sama kononnya mempunyai video seks bersama seorang lagi pelakon iaitu Ammar Alfian.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tampil menafikan perkara itu dan meminta pihak yang menyebar khabar angin itu menunjukkan bukti.

5. Fara Fauzana Batal Kahwin Saat-Saat Akhir (September 2016)

Fara Fauzana

Personaliti radio popular Fara Fauzana mengejutkan peminat apabila mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, pada saat akhir yang sepatutnya berlangsung pada 17 September lalu.

Fara, 36, bagaimanapun enggan berkongsi punca dia mengambil keputusan itu dan hanya menyatakan ia sebagai sebab peribadi.

Sikap berdiam diri Fara telah menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga timbul dakwaan dia membatalkan perkahwinan itu kerana Hafiz sudah pun berkahwin.

Hafiz tampil menafikan perkara itu dan meminta pihak media bertanya sendiri tentang sebab sebenar Fara membatalkan perkahwinan mereka.

6. Elly Mazlein, Azmi Hatta & Faye Kusyairi (Oktober 2016)

Elly Mazlein

Nama Elly Mazlein hangat diperkatakan sepanjang 2016 selepas kisah disebalik perceraiannya dengan pengarah Azmi Hatta pada 15 Oktober tahun lalu menjadi kecoh.

Timbul pelbagai tuduh-menuduh di antara pasangan itu sehingga mengaitkan pelakon Faye Kusyairi sebagai orang ketiga yang menggangu keharmonian rumah tangga mereka.

Faye yang kemudiannya mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Azmi dikecam hebat walaupun menjelaskan mereka hanya rapat selepas pasangan itu bercerai.

Azmi pula dalam satu sidang media tergemparnya pada Oktober lalu tampil dengan surat akuan bersumpah selepas tidak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat bekas isterinya itu.

Pengarah itu turut mendakwa punca perceraiannya dengan penyanyi itu kerana sikap cemburu wanita itu yang melampaui batas.

BACA INI JUGA: 3 Mobile App Popular Perosak Perkahwinan!

Sumber: mStar

from SentiasaPanas http://ift.tt/2isI8io via IFTTT
04:47

Penyanyi Nourul Jalani Pembedahan Buang Ketulan

Nourul Wahab Jalani Pembedahan Buang Ketulan

nuru

Penyanyi Nourul Wahab telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di peha kanannya di sebuah pusat perubatan.

Katanya, ketulan itu sudah ada sejak 18 tahun lalu, namun dia hanya biarkan saja.

Ketulan itu tidak mengganggu tubuhnya namun Nourul mengambil langkah berjaga-jaga supaya kesihatannya pada masa akan datang tidak terjejas.

Nourul turut menasihatkan orang ramai supaya melakukan segera pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengesan ketulan pada mana-mana bahagian tubuh.

Katanya, walaupun dianggap tidak berbahaya, namun ia mungkin akan memberi kesan yang boleh menjejaskan kesihatan apabila usia meningkat.

Ini komennya: (Sumber: BH)

“Alhamdulillah, saya hanya menjalani pembedahan kecil dan proses itu juga tidak mengambil masa yang lama.

“Tiada apa yang serius, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga demi masa depan. Mungkin hari ini ketulan itu tidak mengganggu, tetapi saya tidak tahu pada masa akan datang.

“Saya dibenarkan pulang sebaik saja selesai pembedahan selesai,”

“Lebih baik mencegah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Memang saya prihatin dalam penjagaan makanan dan menitikberatkan pengambilan makanan tambahan, tetapi kita tidak pernah tahu kemungkinan yang boleh berlaku pada masa depan.

“Saya sarankan sekiranya sesiapa yang mempunyai ketulan pada badan supaya segera berjumpa doktor. Minta pandangan mereka kerana itu lebih baik daripada membiarkan ia melarat,”

Sememangnya mencegah lebih baik dari merawat. Tindakan Nourul ini memang bagus dan bijak -PENEMRAHDOTCOM

The post Penyanyi Nourul Jalani Pembedahan Buang Ketulan appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2iiDZxk via IFTTT
04:12

Harga Minyak Petrol, Diesel Naik Untuk Januari 2017

Harga Minyak Naik Untuk Januari 2017

minyk

Harga runcit Petrol RON95 dan RON97 serta Diesel untuk bulan Januari 2017 masing-masing mengalami kenaikan.

Untuk RON95 kenaikan adalah sebanyak 20 sen.

Bagi RON97 pula kenaikan adalah sebanyak 15 sen seliter.

Bagi diesel pula harganya naik sebanyak 20 sen berbanding bulan lalu.

minayk

The post Harga Minyak Petrol, Diesel Naik Untuk Januari 2017 appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2hWcd6M via IFTTT
02:12

Cara Mudah Untuk Membuang Warning XP Not Genuine

Pernahkah anda mengalami masalah warna latar pada desktop Windows menjadi hitam dan dipaparkan dengan satu skrin “This copy of Windows is not genuine” seperti di bawah?

Not genuine

Ini sebenarnya salah cara Microsoft bagi membendung kegiatan cetak rompak perisian Windows dengan mewujudkan apa yang dilabel sebagai “Genuine Software Validation”.

Ramai pengguna Windows secara “TIDAH SAH” di seluruh dunia mendapat apa yang boleh disifatkan sebagai “WARNING” syarikat gergasi tersebut supaya menggunakan perisian yang asli dengan membelinya secara sah di pasaran.

Ada juga di kalangan pengguna yang mahir mengambil jalan ringkas dengan menformat semula PC mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun ia akan muncul semula sekiranya anda “MENGAKTIFKAN” pilihan Automatic Windows Updates pada Windows XP anda.

Sekiranya anda belum lagi masalah ini, anda disarankan terlebih dahulu membuang opsyen pada Automatic Windows Updates di komputer anda.

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah ini, cubalah tips berikut sebelum anda mengambil keputusan untuk format semula PC.

Masalah WGA ini tersebar disebabkan oleh:
  • Apabila anda mengaktifkan Automatic Upadates.
  • Software tersebut akan dipasang secara automatik kedalam sistem komputer anda.
  • Arahan yang dikeluarkan oleh software tersebut akan menyahaktifkan(disable) background anda dan beberapa fungsi penting (key features) lain.

Cara Mengatasi Masalah Windows XP Not Genuine

1. Buka Windows Task Manager.

2. Matikan (end) wgatray.exe process in Task Manager.

3. Restart Windows XP dalam Safe Mode (tekan F8 semasa PC nak bootup).

4. Padam/Delete WgaTray.exe dari folder c:\Windows\System32.

5. Padam atau Delete WgaTray.exe dari folder c:\Windows\System32\dllcache.

6. Buka RegEdit (dengan menaip regedit pada opsyen Run)

7. Cari (browse) lokasi ini:-

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify

8. Delete folder 'WgaLogon' dan kesemua isinya.

9. Reboot Windows XP.

Diharap artikel ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah “Windows Not Genuine” anda.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Pencipta Copy & Paste?

Sumber: Panduanpercuma

from SentiasaPanas http://ift.tt/2hz26Uc via IFTTT

Friday 30 December 2016

22:17

Haramkan Kanak-Kanak Tanduk Bola Sepak – Persatuan Pemain Profesional

Haramkan Kanak-Kanak Tanduk Bola Sepak – PFA

tanduk
Persatuan Pemain Profesional (PFA) meminta Persatuan Bola Sepak England (FA) mengharamkan kanak-kanak berusia bawah 10 tahun menanduk bola.

Ini adalah kerana pihak mereka bimbang ia boleh menyebabkan kecederaan otak kepada kanak-kanak.

Ini sebenarnya berdasarkan satu kajian dan bukannya cakap koosong.

Kajian dari University of Stirling mendapati perbuatan menanduk bola boleh menyebabkan masalah memori selama 24 jam.

Kinipakar mahu membuat kajian implikasinya terhadap otak yang sedang berkembang iaiti kepada kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 250 bekas pemain bola sepak dikesan menghidap masalah otak merosot sejak kebelakangan ini.

Ketua Eksekutif PFA, Gordon Taylor, berkata badan induk bola sepak sepatutnya mengambil contoh Amerika Syarikat, yang melarang kanak-kanak 12 tahun ke bawah menanduk bola.

“Saya rasa perkara itu sepatutnya difikirkan secara serius.”

“Ia sepatutnya menjadi reaksi terhadap bukti yang wujud dalam pelbagai jenis sukan, terutamanya bola sepak.”

“Sudah ada perubahan peraturan buat pemain remaja mengenai padang permainan mereka, mengenai jumlah perlawanan, mengenai sama ada perempuan boleh terbabit dengan lelaki dan sehingga usia berapa.”

“Ia sejajar dengan itu. Kita tidak boleh mengetepikan generasi seterusnya tetapi kita mesti memikirkannya.”

“Permainan ini perlu menjadi sesuatu yang melindungi setiap orang yang terbabit,”

-PENMERAHDOTCOM

The post Haramkan Kanak-Kanak Tanduk Bola Sepak – Persatuan Pemain Profesional appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2hyx7rx via IFTTT
21:18

Tanda-Tanda Awal Penyakit Kencing Manis, Langkah Pencegahan Dan Rawatannya Yang Anda Perlu Tahu

Tahukah anda bahawa hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi sekiranya penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil?

Kencing Manis

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom kerosakan saraf seperti rasa kebas dan rasa berdenyut-denyut pada kaki, jangan ketepikannya kerana kesan pengabaian boleh menyebabkan pemotongan kaki.

Memahami neuropati diabetes

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian: 'neuro' yang merujuk kepada saraf dan 'pati' iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes.

Neuropati periferal ialah satu keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat, terutamanya pada tangan dan kaki.

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh.

Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu.

Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelakkan anda daripada bahaya dan jauh daripada perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Simptom Penyakit Diabetes

Tahap keseriusan simptom kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain.

Anda mungkin berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan anda - tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes.

Rasa terbakar dan tiada rasa juga ialah simptom biasa bagi kerosakan saraf.

Kehilangan rasa sering membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki.

Mungkin terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya.

Sesetengah orang akan berasa kesakitan yang tajam mencucuk; manakala setengah orang pula merasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Kemungkinan seorang penghidap diabetes untuk mengalami pemotongan pada kaki adalah lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat.

Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar akan kecederaan yang mereka alami; ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka - seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan.

Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Langkah pertama adalah dengan memastikan tahap glukos dalam darah berada pada julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya.

Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya simptom-simptom akan berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik.

Pengawalan glukos dalam darah yang baik juga boleh mencegah atau melambatkan permulaan masalah-masalah yang selanjutnya.

Saintis Jepun telah mendapati bahawa saraf yang rosak boleh dihasilkan semula dengan sejenis makanan tambahan yang ringkas dikenali sebagai mecobalamin atau metilkobalamin - satu bentuk vitamin B12 yang aktif.

Mecobalamin - vitamin B12

Mecobalam ini alah satu bentuk Vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi. Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan sianokobalamin, bentuk B12 yang tidak aktif, kepada mecobalamin kerana ia telahpun aktif secara oral.

Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan oleh mekanisma unik yang berbeza daripada terapi yang ada sekarang.

Sebahagian daripada gangguan saraf yang boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semula jadi ini termasuklah neuropati periferal. 

Ambil satu kapsul 500mcg tiga kali sehari untuk membantu menggalakkan saraf-saraf sihat dan melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf.

Tanyalah ahli farmasi anda hari ini tentang jenama yang dipercayai bagi makanan tambahan untuk kesihatan saraf yang membantu mencegah kerosakan saraf akibat diabetes dan juga menghasilkan semula saraf-saraf periferal anda yang rosak.

Diagnosis dan rawatan awal boleh menambah baik kualiti hidup dan mengurangkan risiko komplikasi neuropati diabetes dan amputasi selanjutnya.

BACA INI JUGA: Peria Katak Alternatif Merawat Kencing Manis

Sumber: Utusan

from SentiasaPanas http://ift.tt/2inij0O via IFTTT
16:18

14 Perkahwinan Selebriti Malaysia Dengan Tajaan Jutaan Ringgit Sepanjang Tahun 2016

Tahun 2016 telah menyaksikan ramai selebiriti yang berkahwin dan mendirikan rumah tangga bersama insan yang mereka sayang dan cintai.

Selebriti

Perkahwinan tersebut termasuklah perkahwinan yang mendapat tajaan jutaan ringgit hinggalah ke perkahwinan selebriti yang sederhana.

Apa yang pasti, terukir senyuman bahagia di bibir mereka ketika hari bahagia.

Berikut merupakan pasangan yang berkahwin pada tahun ini:

1. Amyra Rosli & Amar Baharin

Amyra Rosli & Amar Baharin

Pasangan ini mengikat tali pernikahan pada 11 November lalu. Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera dan Amyra menerima wang hantaran sebanyak RM50,000 daripada Amar.

Mempelai ini kemudian diraikan dalam tiga majlis resepsi berbeza iaitu majlis sebelah pihak perempuan di lokasi sama akad nikah, kemudian majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang serta sebuah majlis khas ditaja peminatnya yang diadakan di Singapura.

2. Saharul Ridzwan & Deena Emir

Saharul Ridzwan & Deena Emir

Selepas membiarkan peminat dan media tertanya-tanya siapakah cinta hatinya, aktor Saharul Ridzwan dengan secara tiba-tiba mengumumkan dia bakal berkahwin.

Dia dan isterinya Deena Emir telah diijabkabulkan pada 16 September lalu di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

3. Nazim Othman & Bella Dally

Nazim Othman & Bella Dally

Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat bernikah pada 10 September lalu di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.

Pasangan ini bertunang setahun sebelum mendirikan rumahtangga.

Mereka diraikan dalam sebuah majlis resepsi sebelah pengantin lelaki yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

4. Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Setelah beberapa kali menafikan percintaan mereka, akhirnya pasangan ini akui mahu berkahwin dan diijabkabulkan pada 8 Februari 2016 di Pulau Pinang.

Perkahwinan mereka mendapat tajaan tertinggi iaitu sebanyak RM25 Juta.

Mereka diraikan dalam dua majlis resepsi iaiti di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang dan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

5. Akim & Stacy

Akim & Stacy

Setelah penyanyi Stacy memeluk Islam pada Ogos 2015, dia dan Akim akhirnya bernikah pada 5 Februari tahun ini di di Hotel ShangRiLa, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Majlis persandingan mereka juga berlangsung pada malam hari yang sama serta di lokasi sama.

6. Shah Iskandar & Siti Sarah

Shah Iskandar & Siti Sarah

Pelakon Shah Iskandar memilih gadis dari Singapura yang bernama Siti Sarah untuk menjadi isterinya pada 16 Januari lalu.

Majlis akad nikah yang diadakan di The Ballroom @East Coast, Singapura, menyaksikan pelakon itu menyerahkan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Pasangan diraikan di Shah Alam pada 16 April 2016.

7. Aliff Aziz & Dayang Nabella

Aliff Aziz & Dayang Nabella

Penyanyi Aliff Aziz dan Dayang Nabella telah bernikah dalam majlis tertutup pada 9 September lalu.

Namun majlis resepsi mereka diadakan dengan meriah pada Menara Top Glove, Setia Alam keesokan harinya.

8. Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada

Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada

Pelakon Hafidz Roshdi selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Nurul Shuhada di rumah pihak perempuan, Perlis pada 30 April 2016.

Pasangan ini kemudian diraikan dalam majlis resepsi selang enam bulan mereka berkahwin iaitu pada 15 Oktober 2016 di Astana Wedding Place & Function, Shah Alam.

9. Hafiz Suip & Nureffy Jasreel

Hafiz Suip & Nureffy Jasreel

Penyanyi lagu Awan Nano ini selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Nureffy pada 14 Mei 2016.

Majlis nikah diadakan pada 10.30 pagi di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Pada sebelah malam pula, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi Hotel Pullman Kuching, Sarawak.

10. Jihan Muse & Ungku Hariz

Jihan Muse & Ungku Hariz

Sembilan tahun menyulam kasih, akhirnya Jihan sah bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz hanya dengan sekali lafaz pada 20 Mac lalu dalam majlis pernikahan yang diadakan di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam.

Pasangan selebriti ini memilih tema tradisional klasik bagi majlis persandingan mereka yang diadakan pada 27 Mac 2016.

11. Nas- T & Atita Haris

Nas- T & Atita Haris

Pasangan ini sah sebagai suami isteri pada 29 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada pukul 7.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya.

12. Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah

Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah

Pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakandi kediaman pengantin perempuan pada 16 Julai lalu.

Resepsi mereka diadakan keesokkan harinya di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi, Selangor.

13. Angah Raja Lawak & Amira Asyura

Angah Raja Lawak & Amira Asyura

Setelah 10 tahun menduda, akhirnya pelakon dan pelawak Angah Raja Lawak selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan berusia 21 tahun.

Dengan sekali lafaz Angah selamat bergelar suami kepada Amira Asyura di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, Ayer Keroh pada 19 Februari lalu.

14. Shahrol Shiro & Anna Danisha

Shahrol Shiro & Anna Danisha

Shahrol Shiro selamat menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hati, Anna Danisha pada 18 Mac lalu.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Jemerlang, Kampus INTAN Wilayah Selatan, Kluang, Johor.

BACA INI JUGA: Top 10 Janda Paling Hot Indonesia

Sumber: AA

from SentiasaPanas http://ift.tt/2iqQQhh via IFTTT