KLIK LIKE DAN TEKAN PANGKAH (X) 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Pelakon TERKENAL KANTOI Buka KEDAI LUCAH DAN JUAL BARANG PANAS!! DBKL Serbu PREMIS Yang Membahayakan RAKYAT MALAYSIA - Semuanya Cerita Baru

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, 8 January 2017

Pelakon TERKENAL KANTOI Buka KEDAI LUCAH DAN JUAL BARANG PANAS!! DBKL Serbu PREMIS Yang Membahayakan RAKYAT MALAYSIA

Pelakon TERKENAL KANTOI Buka KEDAI LUCAH DAN JUAL BARANG PANAS!! DBKL Serbu PREMIS Yang Membahayakan RAKYAT MALAYSIA



PETALING JAYA: Pelakon dan model Ahya Rosli memberitahu kedai shiha miliknya diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama Kelentit Rindu yang digunakannya.




Ahya, 29, perkara itu juga membuatkan ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri meminta untuk dia menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada Alyahyashisa kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.

"Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu.

"Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Ahya dihubungi bagi mengetahui perkembangan kedai shiha miliknya yang menjadi kontroversi selepas menggunakan nama merujuk kepada sejenis bunga namun ditafsirkan sebagai lucah.

Tambah Ahya, kedai yang kini bertapak di Setapak itu masih meneruskan operasi seperti biasa.

"Kedai saya masih buka, lagipun ketika serbuan DBKL itu saya tiada masalah dan mempunyai lesen perniagaan yang sah," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga berhenti daripada memasuki pertandingan seni mempertahankan diri Muay Thai.

Katanya, Ia juga salah satu perkara yang tidak dibenarkan oleh ibunya.


"Saya memang yang ikut cakap mama, sekarang mama tidak benarkan saya masuk pertandingan Muay Thai, jadi saya terpaksalah berhenti. Dia tidak suka saya berlawan dan mengalami kecedraan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment