PERJALANAN yang sepatutnya mengambil masa lima minit menjadi satu mimpi ngeri buat seorang pemandu Grab Car wanita apabila dirinya dicabul penumpang, baru-baru ini.
Mangsa berusia 20-an, dipercayai mengambil penumpang tersebut di Taman Bandaraya, Bangsar pada jam 11.45 pagi dan diminta memandu ke arah bangunan pejabat berhampiran sebelum suspek tiba-tiba merabanya.
Suspek didakwa meraba betis dan meramas payudara mangsa.
Selain itu, suspek turut menunjukkan gambar kemaluannya kepada mangsa malah turut memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengannya.
Selepas meraba payudara mangsa, suspek dikatakan beredar keluar dari kenderaan.
Insiden itu tidak terhenti di situ, apabila wanita itu mula diganggu dengan mesej-mesej lucah yang dihantar suspek menerusi aplikasi WhatsApp.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pantai.
No comments:
Post a Comment