Sebak hati kami bila baca luahan sweet seorang suami kepada isterinya yang sakit. Isterinya menghidap penyakit kanser tahap empat. Lelaki ini tahu perkara itu sebelum mereka mengambil keputusan untuk berumah tangga. Tapi kerana jodoh dan rasa sayang antara satu sama lain, pasangan ini akhirnya berkahwin.
Lelaki ini memilih untuk berkahwin wanita pilihannya dengan cepat, boleh dikatakan mereka tak dating seperti pasangan yang lain. Dia memberitahu hanya beberapa orang sahaja mengenai rancangannya untuk berkahwin dan dengan siapa dia ingin berkahwin. Tapi dalam beberapa orang tu, ada yang bertanya kenapa dia ingin berkahwin dengan pesakit kanser tahap 4.
Kadang-kadang lelaki ini merasakan situasi tersebut tak masuk akal. Dia merupakan jenis seorang yang memilih pasangan berpaksikan rupa. Malah pemikiran negatif sesetengah orang mengenai penyakit kanser membuatkan lelaki ini ingin berkahwin dengan wanita pilihannya. Kanser membuatkan isterinya pandai berdikari, berani, seorang wanita yang kuat.. Dan kerana itu, dia merasakan isterinya unik dan punyai personaliti yang menarik.
" Somewhat everything feels like a dream, a temporary moment of reverie; thoughts floating with feet not quite on the ground and head is way above the clouds.
Of all days, Allah decided to take you today, on our first wedding anniversary. Who would ever thought, on the very same date after 365 days; that same hand I first time held now would be my last time to hold.
You are still as beautiful as I could remember, your soft hands and your fair skin, they never changed. The same kiss that was once felt hot because of the flush now as cold as ice.
I could not bear leaving you alone. I want to stay, but I have to accept that we two now no longer exist in the same world with different time, different currency. I am pretty sure your place is better than mine.
If you were still here today, you know how much I will spoil you with love on our anniversary. The present that I spent time making now is for myself to keep, but it's okay, we already make a promise, when you in heaven, please look for me, I'll be waiting for you too. You will always be my first love and truest soul mate. "
Happy first anniversary sayang, much love from a far, I love you, always.
Ever thine, ever mine, ever ours.
Alhamdulillah ala kullihal.
6 bulan selepas kenal antara satu sama lain, mereka akhirnya berkahwin sehari selepas tarikh hari lahir lelaki ni dan mereka menjalani hubungan jarak jauh sebagai suami isteri. Ia kerana isterinya telah melanjutkan pelajaran di London. Dia tidak tahu berapa banyak Tuhan berikan dia masa untuk membuatkan isterinya gembira, juga dia tidak tahu berapa banyak ‘masa’ yang mereka ada.
Mengenal situasi isterinya sekarang membuatkan lelaki ini ingat dan bergantung pada Tuhan. Mereka mendirikan rumahtangga tidak sampai setahun pun lagi tapi lelaki ni yakin bahawa kahwini isterinya merupakan pilihan yang sangat tepat.
Namun pagi tadi bersamaan 27.12.16 dengan hati berat Kamal Effendi memaklumkan anda bahawa isteri tercinta saya, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud meninggal dunia awal pagi ini pukul 3 pagi waktu Malaysia.
Jenazah akan disolatkan di Surau Unit Forensik, Hospital Kajang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang.
Semoga saudara Kamal tabah dengan dugaaan ini dan semoga roh isterinya tenang disana, salam takziah dari kami. Al fatihah Credit FB : Kamal Effendi Kamarudin
Sumber : gempakviral
No comments:
Post a Comment