Baru-baru ini Malaysia telah dihebohkan dengan berita pasal enam buah syarikat yang memecat kakitangan mereka yang bermain Pokemon Go masa waktu pejabat. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata perkara itu telah diakui sendiri oleh enam majikan daripada 150 syarikat pelbagai sektor.
Majikan telah cuba menasihati pekerjanya supaya tak bermain Pokemon Go, mengeluarkan surat amaran dan pekerja juga turut digantung tanpa gaji jika didapati bermain masa bekerja. Hampir semua daripada mereka melarang pekerjanya membuka aplikasi tersebut di tempat kerja dan melarang menggunakan alamat emel syarikat untuk mendaftar permainan Pokemon Go (daftar menggunakan emel kerja??). Malah mereka ni siap pernah kena tangkap dengan bos kerana telah memasuki kawasan larangan (gara-gara nak tangkap Pokemon). Tapi dalam tinjauan tersebut, terdapat juga beberapa majikan yang berpuas hati dengan Pokemon Go kerana ianya mendatangkan kebaikan kepada perniagaan. Sebagai contoh, mereka yang datang dari industri F&B.
Dibuang kerja merupakan perkara sukar yang harus dilalui oleh setiap pekerja, tapi korang tahu tak sebenarnya korang boleh ambil tindakan terhadap majikan sekiranya korang dibuang kerja dengan alasan yang tak munasabah?
Korang boleh mendakwa syarikat kerana bersikap tidak adil
Pikachu pun turut terkejut. Imej dari breitbart.comPikachu pun terkejut. Imej dari breitbart.com.
Sebelum kita nak bercerita pasal adil dan tak adil ni, apa kata kalau kita cerita dulu mengenai undang-undang. Ini adalah apa yang terkandung kat dalam Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan (IRA) 1967 yang menerangkan apakah tindakan yang boleh korang lakukan sekiranya dipecat oleh majikan secara tidak adil:
LANGKAH 1: Laporkannya kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan yang berhampiran dengan tempat pekerjaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembuangan kerja.
LANGKAH 2: Jabatan Perhubungan Perusahaan akan mengadakan rundingan damai antara kedua-dua pihak (pekerja dan majikan). Tiada peguam dibenarkan untuk campur tangan pada peringkat ini.
LANGKAH 3: Sekiranya tiada penyelesaian yang dicapai melalui rundingan damai, ia akan dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia (untuk kemukakan kes tu ke Mahkamah Perusahaan).
LANGKAH 4: Mahkamah Perusahaan akan mendengar dan memutuskan kes yang dirujuk. Korang boleh mewakili diri sendiri, diwakili oleh seorang pegawai kesatuan (kalau korang ada ahli kesatuan) atau mengupah peguam. Jika mahkamah mendapati korang telah dipecat secara tak adil, korang akan (a) bekerja semula seperti biasa atau (b) dibayar pampasan.
Masih tak faham? Ok korang boleh hubungi di talian +603-9236 5000 atau email kepada mpm@mohr.gov.my dan mereka akan jelaskan dekat korang dengan lebih terperinci.
Tapi jarang yang akan pergi kerja balik dengan syarikat lama, biasanya setel dengan pampasan je.
Menurut maklumat seorang pembaca CILISOS, Arumugam Ganapathy yang merupakan seorang peguam, seorang pekerja boleh diberikan jumlah penuh pampasan berdasarkan kadar gaji sebulan bagi setiap tahun tamat perkhidmatan. Sebagai contoh; seorang pekerja yang telah bekerja selama 30 tahun boleh diberikan gaji selama 30 bulan gaji sebagai ganti untuk pengambilan semula bekerja.
Walau bagaimanapun, pampasan sebagai ganti pengembalian semula bukan diberikan oleh Mahkamah Perusahaan. Pekerja juga boleh terima backwages, iaitu gaji yang sepatutnya mereka terima kalau mereka tidak diberhentikan. Tarikh tu pula akan di kira dari tarikh kena buang sampailah tarikh yang di tentukan mahkamah. (Backwages ni boleh cecah sampai 24 bulan).
Mana-mana pekerja boleh memfailkan tuntutan mahkamah. Tak kiralah berapa banyak gaji, berapa lama dah kerja, samada korang ahli persatuan pekerja atau tidak. Selagi korang merupakan seorang pekerja yang mengikuti undang-undang kat Malaysia ni, korang boleh membuat tuntutan termasuk jugalah warga asing yang bekerja di negara ini.
Apa yang dikatakan sebagai pemecatan yang tidak adil?
Imej dari linkedin.comImej dari linkedin.com
Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, majikan perlulah memberi ‘sebab dan alasan’ jika nak membuang kakitangan. Tapi kat dalam list tu takde pulak mereka berikan sekali senarai perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai ‘sebab dan alasan’. Ini bermakna takde perkara pun yang menyatakan bahawa korang boleh dibuang kerja hanya kerana tertidur kat tempat kerja, terlalu kerap pergi ke tandas waktu bekerja ataupun bermain Pokemon Go ditempat kerja (kerana ia takde dalam akta).
Namun di dalam Seksyen 59 yang terdapat kat dalam akta ada menyatakan jika majikan memecat atau mengancam untuk memecat pekerjanya, ia merupakan satu kesalahan dan mereka boleh dipenjara tak lebih satu tahun atau denda tak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya. Selain itu, mereka juga boleh diperintah oleh mahkamah untuk membayar pampasan kepada pekerja dan mengambilnya semula untu bekerja.
Di Malaysia, jika korang pregnant, korang akan lebih mudah untuk dipecat. Tetapi seorang wanita yang telah dipecat semasa pregnant boleh mengemukakan aduan pemecatan yang tidak adil kepada HR di tempat kerja atau Pejabat Perhubungan Perusahaan. Imej dari Star 2.Di Malaysia, jika korang pregnant, korang akan lebih mudah untuk dipecat. Tetapi seorang wanita yang telah dipecat semasa pregnant boleh mengemukakan aduan pemecatan yang tidak adil kepada HR di tempat kerja atau Pejabat Perhubungan Perusahaan. Imej dari Star 2.
Tapi macam mana nak mentafsir undang-undang ni? Menurut peguam Donovon Cheah, Mahkamah Perusahaan tak mengikut benda-benda teknikal atau definisi undang-undang secara bulat-bulat. Mereka agak fleksibel dalam membuat keputusan berdasarkan kes. Mahkamah ini lebih didorong oleh keadilan sosial dan cuba berlaku adil kepada kedua-dua pihak (majikan dan pekerja).
Atas sebab itulah korang tak boleh nak suruh peguam korang meramalkan hasilnya. Tapi secara umum, selagi majikan korang boleh menunjukkan sebab-sebab yang munasabah kenapa dia memecat korang, kira ia dibenarkan dan tak menyalahi undang-undang.
Undang-undang ni kedengarannya macam lebih berpihak kepada pekerja pulak. Jelas Donovan, ia adalah perkara biasa, Malaysia sebagai ‘pro-pekerja’ di dalam undang-undang. Biasanya, majikan yang akan membuktikan tuduhan terhadap pekerja, bukan pekerja yang harus membuktikan dia tak bersalah. Sebaliknya, pekerja boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa yang mereka mahu atas apa jua sebab.
Kalau nak selamat, pekerja perlulah mengikuti arahan dalam surat pekerjaan mereka dan sentiasa patuhi ‘Rules &Regulation Company’. Jika pekerja melanggarnya, ia akan membolehkan majikan menggunakan sebab tersebut untuk memecat pekerja. Sebagai contoh, peraturan biasa seperti rajin bekerja, tak boleh cuti kerja suka-suka tanpa kebenaran (surat cuti) dan sebagainya.
Seorang wanita menyaman majikannya walaupun dia cakap benda tak elok kat emel dan MENANG
Imej dari Malay Mail.Imej dari Malay Mail.
Pada tahun 2006, bekas setiausaha di Malaysia National Insurance Berhad (MNIB), Ratnawati Mohamed Nawawi telah dipecat atas tindakan salah laku menggunakan komputer pejabat untuk menghantar emel yang berbaur gosip tentang majikan-majikannya.
Beliau telah merayu kepada Pengerusi Mahkamah Perusahaan (orang yang memerintah mahkamah ini tak dipanggil hakim), Syed Ahmad Radzi Syed Omar dan keputusan telah memihak kepada Ratnawati. Keputusan menunjukkan bahawa kata-katanya tidak salah kerana ia tidak bermaksud untuk menghina dan melemahkan pihak atasannya (majikan), tetapi ianya hanya gosip antara rakan-rakan.
“Ia adalah perkara biasa bagi kakitangan untuk bergosip mengenai pegawai atasan mereka. Ia boleh berlaku di mana saja dan pada bila-bila masa.” – Keputusan mahkamah. Dipetik dari IOL.
Pengerusi Mahkamah telah memerintah bayaran gaji tertunggak selama 24 bulan kepada Ratnawati sebanyak RM78,648 dan pampasan berjumlah RM19,662 dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusannya. Walau bagaimanapun, jumlah tunggakan gaji tersebut perlu ditolak sebanyak 40% kerana Ratnawati wajar
dipersalahkan sebab menggunakan emel untuk bergosip dan menggunakan bahasa kasar serta menghina pegawai atasannya.
Majikan boleh membuang pekerja sekiranya mereka mempunyai alasan yang kukuh
Jangan sedih ye, balik rumah nanti main. Gambar dari businessinsider.comJangan sedih ye, balik rumah nanti main. Gambar dari businessinsider.com
Secara jujurnya, bila dibayar untuk buat kerja yang telah ditentukan dan dipersetujui oleh majikan dan juga pekerja, kita kenalah buat kan? Kalau nak diikutkan setiap syarikat ada polisi yang berbeza-beza, contohnya bagi syarikat media, jadi kami dibenarkan untuk buka Facebook dan Youtube bila diperlukan. Tapi ada syarikat terus block laman sesawang tersebut.
Apa yang kami nak terangkan kat sini adalah, memang boleh bekas pekerja untuk saman majikan kalau mereka telah dipecat tanpa alasan yang kukuh. Dan untuk majikan pula, memang nampak macam berat sebelah sebab sistem macam pentingkan pekerja lagi-lagi kalau proses pemecatan tu dibuat secara semberono.
Tapi tak semestinya majikan tak boleh pecat pekerja. Majikan kena pastikan proses tu dilakukan ikut undang-undang dan bertatatertib, sebab kalau tak, silap-silap lagi banyak duit kena keluar untuk settlekan saman sedangkan duit tu boleh digunakan sebagai insentif untuk pekerja yang perform.
Sumber : 1CiteMalaya
No comments:
Post a Comment