KLIK LIKE DAN TEKAN PANGKAH (X) 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Kanak-Kanak 2 Tahun Angkat Almari Selamatkan Kembar..Kasih seorang abang...[video] - Semuanya Cerita Baru

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday 4 January 2017

Kanak-Kanak 2 Tahun Angkat Almari Selamatkan Kembar..Kasih seorang abang...[video]

Kembar

TINDAKAN pantas kanak-kanak berusia dua tahun ini berjaya menyelamatkan kembarnya dari bahaya selepas dia ditimpa almari baju ketika sedang bermain di dalam bilik tidur mereka.
Dalam kejadian itu, almari terbabit telah menimpa Brock Shoff menyebabkan dia terperangkap, namun kembarnya, Bowdy telah menyelamatkannya dengan menggunakan seluruh kekuatannya untuk mengangkat almari itu.
Bapa mereka, Ricky telah memuat naik video terbabit dalam Facebook.
“Sebenarnya saya agak keberatan untuk memuatnaik ini (video). Namun saya merasakan ia bukan sekadar untuk memberikan kesedaran sebaliknya ia juga menakjubkan.
“Kami sangat gembira dengan ikatan yang dikongsi oleh dua kembar ini. Kami tahu Bowdy tidak sendirian dalam mengangkat almari itu untuk Brock. Kami bersyukur dia ok. Sila pastikan almari anda dilekatkan ke dinding,’’ demikian tulis Ricky.
Ibu mereka pula, Kayli berkata, dia tidak mendengar bunyi almari terbalik atau anaknya menangis dan mereka bermain seperti biasa ketika dia masuk ke dalam bilik terbabit. – mynewshub.cc



No comments:

Post a Comment