KLIK LIKE DAN TEKAN PANGKAH (X) 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Ratu Elizabeth Nyaris Ditembak - Semuanya Cerita Baru

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday 7 January 2017

Ratu Elizabeth Nyaris Ditembak

Ratu Elizabeth Nyaris Ditembak

q
Ratu Elizabeth mempunyai berpuluh-puluh pengawal bersenjata yang ditugaskan mengawal keselamatannya.

Tetapi satu kesilapan kecil oleh Ratu Elizabeth hampir menyebabkan beliau menjadi mangsa tembakan oleh pengawalnya sendiri.

Berdasarkan laporan Independent UK, Ratu Elizabeth kadangkala mempunyai kesukaran untuk tidur.

Insomnia yang melanda menyebabkan ratu berumur 90 tahun berkenaan memakai kot dan keluar dari biliknya untuk bersiar-siar.

Pada satu malam, Ratu Elizabeth menyelinap dari biliknya pada jam 3 pagi untuk bersiar-siar.

Seorang pengawal menyedari tindakan Ratu Elizabeth menyelinap dan menyangka beliau penceroboh.

“Siapa itu?” kata pengawal tersebut memberi amaran dalam gelap malam.

Selepas melihat dengan lebih dekat, barulah pengawal tersebut menyedari individu tersebut adalah Ratu Elizabeth sendiri.

“Gila, Tuanku, saya hampir tertembak awak,” kata pengawal tersebut tanpa menyedari tutur katanya.

Walaupun beliau tahu beliau tidak patut berkata sedemikian kepada ratunya, Ratu Elizabeth ‘tidak kisah’ kerana telah menimbulkan situasi yang janggal.

“Tak mengapalah. Lain kali saya beritahu awak awal-awal supaya awak tidak perlu tembak saya,” kata Ratu Elizabeth.

Kejadian yang berlaku di Istana Buckingham tersebut yang diceritakan oleh pengawal berkenaan yang telah meletak jawatan kepada The Times. -PENMERAHDOTCOM

The post Ratu Elizabeth Nyaris Ditembak appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2i5Xhpf via IFTTT

No comments:

Post a Comment